Friday, 10 December 2010

Cikgu, Apakah Kepentingan Persediaan Mengajar?



1. Persediaan mengajar merupakan satu pelan bertindak bagi sesuatu pelajaran/kuliah. Berdasarkan persediaan mengajar, pengajar akan boleh melaksanakan rancangan mengajarnya dengan sistemtik, lancar dan berkesan, serta mengelakkan kekecohan dalam kelas.
2. Persediaan mengajar membantu pengajar mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan.
3. Di samping itu, pengajar boleh menyediakan alat bantu mengajar serta menggunakannya dalam masa yang sesuai sebagaimana yang dirancangkan dalam persediaan mengajar.
4. Ia juga dapat membantu pengajar menentukan objektif pelajaran, memilih isi pelajaran dan strategi pengajara nyang sesuai demi meningkatkan keberkesanan pelajarannya.
5. Dengan adanya rancangan yang disediakan secara rapi, persediaan mengajar boleh membantu pengajar mengawal disiplin bilik darjah dengan baik.
6. Berdasarkan isi pelajaran yang dirancangkan, pengajar boleh merancang aktiviti-aktiviti susulan yang selanjutnya.

Friday, 26 November 2010

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Moga semuanya dirahmati Allah sentiasa.Mulai sesi persekolahan 2011, saya akan menggunakan ruang siber ini untuk sama-sama berkongsi ilmu, idea dan apa sahaja bahan bagi memartabatkan dan memperkasakan warga Badlishah khususnya sesi petang.

Harapan saya moga Allah memberi kekuatan idea kepada saya untuk sentiasa mengemaskini blog ini. Saya juga mengharapkan sumbangan dari tuan/puan untuk sama-sama berkongsi idea dengan menghantar bahan melalui email:zalh1963@gmail.com

Sekian. Terima kasih