BUKU REKOD PENGAJARAN



ENAM TERAS STRATEGIK PIPP:

1. Membina Negara Bangsa

2. Membangunkan Modal Insan

3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

4. Merapatkan Jurang Pendidikan

5. Memartabatkan Profesion Keguruan

6. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

FALSAFAH PENDIDIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Warganegara Malaysia yang baik
• Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan;
• Berilmu pengetahuan;
• Berakhlak mulia;
• Bertanggungjawab kepada diri,masyarakat, agama dan negara; dan
• Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

Unsur Intelek
Unsur intelek ini mengambil kira aspek-aspek berikut:
• Hikmah iaitu ilmu yang membawa kepada kebenaran;
• Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif;
• Daya pemikiran yang logik dan analitis;
• Ilmu yang bermanfaat
• Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka

Unsur Rohani dan Emosi
Unsur-unsur rohasi dan emosi ini merangkumi aspek-aspek berikut:
• Keyakinan kepada Tuhan;
• Kepercayaan beragama;
• Kemantapan jiwa;
• Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat;
• Berbudi pekerti mulia;
• Berbakti dan berkorban.

Unsur Jasmani
Ciri-ciri jasmani ialah:
• Kecergasan fizikal dan kesihatan diri;
• Dapat menggunakan tenaga dan anggota fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN , MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya.

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

CATATAN:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL . 3/1981

Ruj.Fail.KP8591/(1980)
14 September 1981

Pengarah Pelajaran,
Semua Negeri,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL . 3/1981PENGGUNAAN WAKTU TIDAK
MENGAJAR/WAKTU LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU-GURU


Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang(free periods) seperti yang ditetapkan perlu bekerja . Anggapan ini alah salah dan perlu dibetulkan.
2. Oleh itu Tuan/Puan diminta memberitahu semua Guru Besadar supaya :
2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free periods)
itu adalah masa bekerja.
2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:
2.2.1 menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah.
2.2.2 membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku-buku
tambahan, membuat nota mengajar, menyedia alat-alat mengajar dan
sebagainya.
2.2.3 memeriksa buku latihan murid.
2.2.4 mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah mengenai pelajaran
yang diajar.
2.2.5 penyedian aktiviti-aktiviti gerakerja Kokurikulum.
2.2.6 lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarah oleh Guru Besar.
Tegasnya , waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang member faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah amnya.
3. harap dapat suarat pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah untuk panduan dan tindakan mereka.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

(DATO’ HJ.IDRIS BIN HJ. TAIN)
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.