MENCARI SAKINAH

HATI
       Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
       Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
- seperti hadith Nabi…..
       Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
       Kualiti Hati è Kualiti Amalan:
Setiap amalan yang kita lakukan, hati akan menentukan baik atau sebaliknya.
Maka berhati-hati walau amalan sebesar gunung , tidak bernilai walau sehalus debu, jika tiada ikhlas
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan jari-jari baginda.
·         Kisah zaman Nabi:
·         Seorang yang rajin solat waktu malam, puasa sunat, tetapi Rsaw mengatakan ia ahli neraka, kerana lidahnya yang suka mencela jirannya. Kenapa lidah mencela? Tentula HATI masih kotor.
·         Sebaliknya Rsaw memberitakan bagaimana seorang lelaki menjadi ahli syurga walaupun amalannya ‘biasa-biasa’ sahaja. Sahabat selidiki apa kelebihan lelaki ini… tidak pernah menaruh hasad dengki kepada orang lain.
·         Sahabat sakalian:
·         Hakikatnya, hidup ini adalah satu perjalanan menuju Tuhan untuk mempersembah hati yang bersih kepada-Nya
·         “Dan beruntunglah orang yang membersih dan merugilah orang yang mengotorinya”-as-syams 9-10
·         “(Hari kiamat) hari yang tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera”-al-syu’ara 88-89
·         Hati umpama magnet, kerana hati yang bersih mempunyai kuasa menarik sesuatu yang di luar diri. Ia akan menarik kebaikan dari luar.
·         Sebab itu kita dilarang bersangka buruk. Hendaklah sentiasa bersangka baik.
·         Hadis qudsi:  “ Aku (Allah) mengikut sangka hamba-hambaKu”
·         Jadi sematkanlah rasa bersangka baik kepada Allah, kerana itu akan menarik rezeki, rahmat dan pengampunan-Nya kepada kita.
·         VIRUS PENYAKIT HATI –DOSA:
Ada 4 tahap:
·         Rasa bersalah dengan dosa- jiwa resah
·         Rasa biasa dengan dosa – berulang kali
·         Rasa seronok dengan dosa – intai peluang
·         Pembela kepada dosa- promosi & pejuang
·         MENGESAN PENYAKIT HATI
·         Hati ini – bolak balik sifatnya
·         Syeikh Ibn Ata’ilah memberi panduan: Tanda matinya hati, tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan, juga tidak menyesal jika terbuat satu perlanggaran dosa.
·         Badan sakit è tiada selera makan
·         Hati sakit è menolak segala makanan rohani.
·         BAGAIMANA MERAWAT:
·         Hanya melalui mujahadah ( bersungguh-sunguh menempuh jalan ketaatan)è memang pahit , kerana syurga itu manis.
·         Panduan Imam Ghazali:
 “Carilah hatimu pada tiga tempat. Sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika kau tak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat .Jika kau tak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya kau pada waktu itu tidak mempunyai hati”
·         Bacalah al-Quran:
·         Jiwa tanpa membaca al-Quran = telefon bimbit kehabisan bateri. [ Jasad cantik, tanpa al-quran à tiada makna]
·         Orang berjayadalam hidup, tanpa alquran – umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh
·         Hasilnya mereka sibuk tanpa henti, kelesuan tanpa penghujung,kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan
·            Mendirikan solat:
·         Jika kamu ingin Allah bercakap denagn kamu, bacalah al-Quran, tetapi jika kamu ingin bercakap dengan Allah, maka dirikanlah solat.
·         Solat hakikatnya doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Penciptanya.
·         Pakar psikologi pun menyarankan-luahkan masalah kpd orang yg kita sayangà the first duty of love is to hear.
·         Kalau luahkan rasa hati kepada manusia pun dah melegakan, apalagi kepada Zat yang mampu menyelesaikan segala permasalahan
·         Mengingat Mati:
·         Sabda Rsaw: “Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati”
·         Bersedia menghadapinya
·         Memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat
·         Memadamkan rasa enggan melakukan ketaatan
·         Persediaan menghadapi mati à kita lebih produktif dan aktif dalam hidup 
(Sedutan Majalah SOLUSI)