Thursday 26 May 2011

Mesyuarat Guru Sesi Petang Bulan Mei






Mesyuarat berlangsung pada 25 Mei 2011 di Bilik Mesyuarat, Jam 12.00 hingga 1.20 tengah hari . Ini merupakan mesyuarat kelima bagi guru sesi petang, yang dibuat pada setiap hari rabu minggu keempat setiap bulan.

Dimulakan dengan tazkirah :Cerita mata kepala vs mata hati , yang menuntut kita menjaga mata hati. Antaranya dengan bersegera bertaubat:
1."Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa". (Ali-Imran :133)

2.Hadis ke 16, Riadhus Solehin. Dari Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu membentangkankan tanganNya - yakni kerahmatanNya –di waktu malam untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membentangkan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat - yakni di saat hampir tibanya hari kiamat, kerana setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubatnya seseorang." (Riwayat Muslim)

3.Hadis ke 17, Riadhus Solehin. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya orang itu." (Riwayat Muslim)

4.Hadis ke 18, Riadhus Solehin Dari Abu Abdur Rahman yaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla itu menerima taubatnya seseorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongannya - yakni ketika akan meninggal dunia."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

5.Sedutan Dr Muhaya Radio IKIM 25/5/11-jam 10.15-11 pagi:
Beza org berjaya Dunia & Akhirat- ialah apakah soalan yg dia tanya kepada diri sendiri.
Apa shj yg kita buat hanya untuk:
-mencari redha Allah
-mencari penghargaan manusia
Oleh itu perlu fokus, redha, lihat alam untuk kenal Allah

Dua persoalan penting perlu ditanya:
i.-bagaimana saya hendak memberi perkhidmatan/apa yang kita boleh beri? Fikir kerja yang efficient (kita boleh kawal). Seronok dan sibuk dengan kerja
ii- apa kita akan / boleh dapat? (ini bergantung kpd orang), contoh semasa temuduga selalu kita tanya apa kita akan dapat- ini akan menyebabkan stress

-utk berubah, how?. kita tanya lagi 2 soalan:
i.Di mana kita berada
ii. Kita nak ke mana

Kita tidak memilih untuk dilahirkan
Tetapi kita akan mati
Kita senang tak tengok orang lain senang?
Konsep membazir –tengok tujuan/bukan amaun
Manusia bermanfaat- org gembira lepas jumpa kita--Kerja sedikit mungkin- gaji mahu sebanyak mungkin?? -- tiada jalan pintas
Duit hilang? Check diri kita-sumber?? Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia.
Anak perangai tak elok- jangan salah mereka – check kita dulu
Letak diri sama level dengan orang lain – bila nak mengajak orang lain- jangan jadikan/rasakan kita lebih drp org lain
Orang agama -- ilmu wahyu --dapat jaga dunia dan akhirat

Be among the best (share) not be the best (ego)
Kejar akhirat- insyaalah dunia kejar kita
Kisah Carpet: serangga nak dpt biskut- susah dihalang bulu carpet
Dugaan yg kita dapat -- batu loncatan -- kebahagiaan

Apa orang kata tak penting – yang penting kita buat apa yang kita nak buat
Boss tanya , ada masalah?. Pekerja jawab , ada. Boss jawab , bagus… (???)
Nak buat yang susah  solat  doa (bayangkan boleh buat).. insyaAllah
Jika kita suka yang sensasi (biasanya -ve) – hidup penuh dg sensasi

Rumusan
bangun pagi – tanya soalan:
Nak reda Allah/redha manusia?
Nak Sukakan /Bencikan orang lain?
Nak bagi Manfaat /masalah kepada orang lain
Nak jadi bersyukur/ tak cukup apa yang ada?
Nak cemerlang/ala kadar dlm setiap aktiviti?
Kalau kita mati hari ini, apa kita nak bawa??
Banyak puji Allah, jangan puji manusia-- org puji kita ,balik pada Allah

6. Kita sekarang di penghujung Penggal 1, 2011– 5 bulan berlalu; tapi cuba perhatikan notis-notis di papan kenyataan, ada masih 2008..?

7. Sejauh mana kita prihatin dengan papan-papan Info/Tazkirah/Motivasi ini?
Lihat?? Baca?? Fahami?? Beramal??

8. Ucapan terima kasih - Membantu Penilaian Sekolah Kluster dan Menyiapkan bahan Tiang Informasi

9. Peperiksaan Penggal Pertama:
Mohon SUP memberi:
1.Perkembangan sepanjang minggu peperiksaan -pengawasan,soalan cukup?, kebocoran, kesilapan soalan, jenayah meniru
2. Tindakan selepas peperiksaan – key in markah, cetak slip, tt pentadbir, markah untuk HAC dan persiapan KW3

10. Mengingatkan supaya kemaskini Graf prestasi Pelajar (GPP)
Ramai yang tidak akur kepada pelaksanaan GPP ( 8 subjek utama)
Tingkatan 1 – TOV: Pep Pertghan Penggal 1
[ selepas pep pggl.1 – kemaskini OTI2 berdasarkan AR1]
Tingkatan 2- TOV: Pep. Akhir Tahun 2010
[ selepas pep pggl.1- kemaskini OT13 berdasarkan AR2]

11. Memaparkan Takwim Persekolahan Penggal Kedua Jun hingga November, supaya sedar apa yang berlaku terutama acara penting seperti HAC, Minggu peperiksaan, K.waris, Bintang Kecil.

12. Perancangan / Cadangan Aktiviti Penggal Kedua- Peningkatan Prestasi & Sahsiah
i.Program Peningkatan Prestasi- Kaunselor
(Selain Mendulang Emas dan Kemahiran Belajar)
Fokus kepada Pelajar Lemah – 0A-4A
Cadangan : Julai

ii. Program Kepimpinan Pelajar
Fokus kepada Pengawas dan KK dan PKK
Cadangan: September

iii. Program Pembinaan Sahsiah
Fokus pelajar Asrama
Kerohanian – Qiyamullail –minggu tak balik/sebulan sekali (mengimarah Surau baru)
Cadangan: Jun - Oktober

13. hal-Hal Lain
i.Peluang berinfaq/beramal jariah - Surau al-Ehsan dan Surah Yaasiiiin.
ii-Manfaat cuti-- ziarah ibu bapa
iii.Penuhi Tuntutan Kenduri Kahwin
iv.Persiapan dan kemas kini bahan P&P – biasakan dengan ICT- bina modul

14. Diakhiri dengan doa:Menunaikan Amanah,Disembuhkan Sakit demam, diberi Kebahagiaan rumah tangga ,Zuriat soleh/ah,jauhi Bala,kesatuan dan komitmen dalam kerja.

MOHON MAAF SEMUA
Selamat Bercuti
Moga Bahagaia Bersama
Keluarga Tercinta
27/5/11 – 11/6/11

No comments:

Post a Comment