Thursday 26 May 2011

Pembesaran Surau Al-Ehsan SMKSB hampir Siap... Tapi Masih Perlukan Sumbangan







InsyaAllah , bermula persekolahan Penggal Kedua nanti Surau Al-Ehsan boleh digunakan sepenuhnya untuk solat berjamaah dan aktiviti yang lain kerana proses pembesaran telahpun berada pada peringkat akhir. Sehingga hari terakhir persekolahan Penggal 1, 26 Mei 2011, yang belum siap hanyalah proses pendawaian elektrik dan sedikit hiasan dalaman bahagian mihrab.Juga yang belum dipasang ialah jeriji besi pada tingkap, 'railing' langsir dan pemidang pemisah. Walau apapun semuanya ini boleh disiapkan sepanjang cuti persekolahan selama dua minggu ini.

Sehubungan dengan itu Pengerusi BKSI SMKSB, Ustaz Azhar bin Mansur, meminta semua warga staf Islam SMKSB untuk hadir pada 11 jun 2011, jam 8.30 pagi untuk bergotong royong mebersihkan surau supaya dapat digunakan pada 12 Jun 2011 iaitu hari pertama persekolahan penggal Kedua 2011.

No comments:

Post a Comment