Sunday, 2 January 2011

Pendaftaran Pelajar Baru Ting 1, 2011







Program ini selamat dijalankan dengan lancar pada 30 Disember 2011.Seramai lebih 400 pelajar mendaftar pada hari tersebut. Mereka dibahagikan kepada 12 kelas dengan setiap kelas seramai 36 orang.

Para pelajar bersama ibu bapa datang seawal 8.00 pagi. Sebaik sahaja sampai mereka disambut oleh para pengawas dan dibawa ke Blok Gigih untuk mengambil nombor giliran.


Kemudian mereka ke Dewan Samsuddin untuk taklimat pada jam 9.30 pagi. Manakala pelajar ke Dewan Terbuka untuk sesi bersama kaunselor untuk taklimat perjalanan sekolah serta latihan nyanyian lagu sekolah dan bestari.


Pada jam 10.30 para pelajar bersama ibu bapa mendaftar mengikut kelas yang ditetapkan di Blok Intelek. Semasa proses pendaftaran para pelajar diminta menyerahkan dokumen seperti salinan kad pengenalan/sijil lahir, keputusan UPSR, gambar 4 keping, borang SMM dan juga membuat pembayaran Yuran sekolah dan PIBG.

Selepas proses pendaftaran selesai , mereka boleh membeli peralatan sekolah/asrama di Koperasi sekolah.

No comments:

Post a Comment