Saturday 26 February 2011

Ceramah Maulidurasul SMKSB 1432 H


Satu ceramah sempena sambutan maulidurasul 1432H peringkat SMK Sultan Badlishah telah diadakan pada 22 Februari 2011di Dewan Serbaguna Asrama SMKSB.

Ceramah telah disampaikan oleh Imam Muda Hizbur (pemenang tempat kedua Imam Muda musim pertama Astro Oasis) kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 termasuk para guru. Majlis yang bermula tepat jam 12.30 tengah hari itu mengajak hadirin mengimbau kembali pengorbanan Ar-Rasul SAW dalam menyampaikan risalah kebenaran ini. Menyedari bagaimana begitu sabarnya Rasulullah dalam menghadapi berbagai kerenah manusia pada ketika itu.

Juga membawa beberapa contoh akhlak Rasulullah yang sangat hebat itu sehingga berjaya menarik musuhnya memeluk Islam.

Ceramah yang diselangseli dengan contoh-c0ntoh dan cerita-cerita yang menarik itu membuatkan para pelajar dapat mengikutinya dengan baik sekali.

Pada akhir cermah , IM Hizbur mendendangkan satu nasyid yang amat menyentuh perasaan dan membawa mesej bahawa kecintaan kita kepada ar-Rasul itu mestilah diikuti dengan mengikut sunnahnya.

Sebelum bersurai , semua hadirin diminta berdiri dan bersalawat beramai-ramai dengan diterajui oleh IM Hizbur.

No comments:

Post a Comment