Thursday, 28 April 2011
Mesyuarat Guru Sesi Petang Bulan April
Dijalankan pada 28 April 2011 , Khamis , jam 12.00 , di Bilik Mesyuarat.
Antara kandungan mesyuarat:
1. Apa khabar- guru, bilik guru dan bilik darjah
2. Terima kasih di atas penglibatan menjayakan aktiviti-aktiviti sepanjang April (KBM, Konferensi Waris, Merentas Desa,Pelancaran Straight A's, Latihan Olahraga, Ceramah AADK, sukantara dan Kelas Mendulang Emas.
3.Tazkirah:
Tazkirah1:Hari-hari Dalam Kehidupanku
Bangun pagi
Kejut anak
Sedia sarapan
Siap pakaian sekolah anak/suami
Hantar anak ke sekolah
Pergi pasar
Mengemas rumah
Masak
Membasuh pakaian
Melipat pakaian
Seterika pakaian
Membasuh pinggan mangkuk
Tak sempat makan- jam dah 11
Hantar anak ke pengasuh
Memandu sendiri ke sekolah
Singgah bayar bil
Sampai sekolah terus
bersemangat mengajar – buku RPP siap, berlaku GMMB
6.40 balik - Suami mithali mengurus rumah dan anak-anak
Makan malam bersama
Solat dan mengaji bersama anak-anak
Melihat homework anak-anak
Bermanja dengan anak-anak – hilang penat seharian
Tazkirah2:HENDAK KE MANA ANDA? (ADAKAH PLOT HIDUP KITA BEGINI?)
Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan. Anda mungkin membersihkan diri. Mungkin anda solat subuh? Atau tidak? Anda sempat sarapan di rumah? Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja. Mungkin anda berkenderaansendiri.
Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan.
Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda. Sepanjang perjalanan.
Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka.
Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu..isteri,suami, rakan. Anda berceloteh dengan mereka? Atau anda masam mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan?
Anda mungkin menaiki kenderaan awam.. LRT, bas, komuter, monorel. Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, �stone��mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda!
Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali. Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang? Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan� Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan.
Tiba waktu pulang.. anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang. Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah.
Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli?
Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi. Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana?
Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap sumber nombor satu hiburan masakini TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat.
Demikian perjalanan hidup anda hari ini.. Esok.. anda mengulang kisah harian anda� besar kemungkinan plotnya hampir sama..
4. Data pelajar sehingga 31 Mac: 624(170L+457P) dan guru sesi petang 46(13L+33P) orang. Juga dipaparkan taburan jadual waktu.maksimum 25 waktu seminggu.
5. pemantauan Kurikulum Berkualiti
Rancangan Pelajaran Tahunan – ada dan akur
Rancangan Pelajaran Harian – ada/akur/refleksi/awas yang guna komputer
Set Induksi – simple tapi menarik/sesekali IT
Penyampaian / Perkembangan Pengajaran-semangat, pelbagai, bertahap
Teknik Penyoalan Guru – mencapah, beri masa, jelas
Penglibatan Murid – aktiviti kumpulan, soal-jawab, menyeluruh
Peneguhan Latihan dan Tugasan – pujian dan komen membina
Pemeriksaan Latihan / Tugasan Murid – pemeriksaan berterusan
Penutupan – kaitkan dengan hal semasa, sedikit motivasi,nasihat
Hasil Kerja Murid – kemas , teratur, indeks, graf HC
PengurusanKelas – kawalan kelas, kebersihan ,keceriaan, ponteng?
Perwatakan Guru – penampilan, ketepatan masa, ingat pelajar juga menilai kita
sedikit penekanan kepada:
P&P- our CORE BUSINESS
-sibuk macam mana pun mesti masuk kelas, jika berada di sekolah (sesuatu yang amat MALANG jika tidak masuk tanpa sebab)
-jika bertugas diluar pastikan kerja ditinggalkan, sepatutnya buat kelas ganti
Masih ada guru sesi petang yang buku rekod P&P tidak diserah pada PK Petang
Elakkan mendapat complain daripada waris
Guru ganti- mohon masuk dan buatlah sesuatu
-diingatkan pencerapan P&P dan buku latihan sepanjang Mei.
6. Persediaan Peperiksaan Penggal 1
Jadual sudah diedarkan
Semua subjek terlibat dengan peperiksaan
Penyedia soalan? JSU? Elakkan kesilapan- Penyemak soalan serius(ambil masa- jgn terus tt).
SU akan tentukan tarikh-tarikh penting
Kemungkinan markan Peperiksaan ini diambil kira untuk HAC 2011
Isu pelajar ambil MC- hanya wakili sekolah dibenarkan dan MC Klinik Kerajaan.
7. Kelas Mendulang Emas
Telah berjalan
Ketepatan waktu bermula
Kehadiran pelajar?
Persediaan Bahan?
Ada guru tak hadir/lambat hadir?
8. Hal-Hal Lain
-Projek PIBG – pelekat kenderaan dan Virtual Skool
-Tiang Informasi – tugasan telah diberi : PT dan GSTT
-Tazkirah Penutup
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)- gambar pembedahan jantung PKPetang, 18 tahun lalu.
-Peluang amal jariah
Monday, 18 April 2011
Mesyuarat Pertama AJK PIBG Sesi 2011/2012
Mesyuarat ini diadakan pada 17 April 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat, bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.10 petang dengan dipengerusikan oleh YDP PIBG yang baharu, Puan Noraida Yahya.
Antara perkara yang dibincangkan ialah usul-usul dalam Mesyuarat Agung yang lalu, Isu keselamatan (pelekat kenderaan dan lalu lintas), pembinaan Dewan Besar (JK Pembangunan),Yuran PIBG ( Ramai yang belum menjelaskannya), Pengagihan wang PIBG dalam program sekolah ( HAC, aktiviti Persatuan)dan juga Projek Virtual Skool oleh satu syarikat ( konsep seperti Skor A tetapi jauh lebih murah).
walaupun agak 'panas' tetapi berjaya menghasilkan persetujuan yang baik demi kemajuan anak-anak.
Pelancaran Straight A's Sesi Petang 2011
Majlis ini berlangsung pada 17 April 2011 semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan di Dewan Samsuddin. Sebelum itu diadakan persembahan oleh pelajar sesi pagi tentang Isu Kebersihan.
Majlis ini dimulakan dengan penyampaian sijil kepada pelajar Ting 1 dan 2 yang mendapat semua A dalam Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama yang lalu. Seramai 57 orang berjaya mendapat semua A iaitu 18 daripada (6%) Tingkatan 1 dan selebihnya (17%) daripada Tingkatan 2.
Syabas dan tahniah kepada yang berjaya.
Disamping itu diadakan juga penyampaian hadiah kepada pemenang Bola Sepak bawah 15 tahun yang menjadi Naib Juara DKBB, Bahas bahasa Cina yang mendapat tempat ke-3 DKBB serta hadiah Kebersihan kelas kepada tingkatan 2A9.
Latihan Olahraga SMKSB 2011 Bermula
Latihan olahraga telah bermula pada hari Ahad 17 April yang lepas dengan dimulai oleh Rumah Syed Omar dan Sultanah.Ini diikuti pula oleh rumah Sultan dan Samsudin pada hari Isnin. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar semua pelajar dapat menghadiri latihan olahraga ini dengan penuh semangat bagi menjayakan Kejohanan Olahraga Sekolah pada Jun nanti.
Tuesday, 5 April 2011
Latihan Merentas Desa 2011
PPD Kulim Bandar Baharu Yang Baharu Telah Beroperasi
Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) Kulim /Bandar Baharu yang telah siap dibina telah memulakan operasinya pada 2 April 2011 yang lalu. Pejabat yang terletak bersebelahan SMK Kulim itu amat cantik dipandang dari luar. Moga ianya akan memberi semangat kepada warga pendidik KBB untuk menabur bakti kepada anak didik.
Konferensi waris ke-2 , 2011
Majlis berlangsung pada 3 April di Dewan Terbuka Bangunan Pentadbiran. Majlis yang bermula jam 11.30 pagi hingg 1.30 tengah hari adalah untuk pelajar Ting 1 dan 2 yang telah menduduki Peperiksaan pertengahan penggal 1 yang lalu.
Kehadiran para waris amat menggalakkan dan jiga memberi komen yang membina.
KBM 2011 Berakhir Sudah
Program Motivasi Bersepadu , Keindahan BersamaMu (KBM) 2011 telah selamat berjalan dengan lancarnya pada 1-2 April yang lalu. Program ini melibatkan semua pelajar Islam tingkatan 2 seramai 197 orang daripada 202 orang.
Semangat yang ditunjukkan oleh semua peserta sangat tinggi disamping sokongan guru-guru yang bergotong royong memasak.
Kerjasama daripada ibu bapa juga baik apabila ramai yang hadir pada sesi bersama waris sehingga memenuhi Dewan Samsuddin.
Moga program ini mampu memberi kesedaran kepada para pelajar dan berubah ke arah yang lebih baik serta tahu tanggungjawab sebagai, hamba Allah, umat Nabi Muhammad SAW, dan juga anak yang soleh dan solehah.
Terima kasih semua. Anda semua( pelajar, ibu bapa dan guru) memang hebat.
Subscribe to:
Posts (Atom)