Monday 18 April 2011

Pelancaran Straight A's Sesi Petang 2011









Majlis ini berlangsung pada 17 April 2011 semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan di Dewan Samsuddin. Sebelum itu diadakan persembahan oleh pelajar sesi pagi tentang Isu Kebersihan.

Majlis ini dimulakan dengan penyampaian sijil kepada pelajar Ting 1 dan 2 yang mendapat semua A dalam Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama yang lalu. Seramai 57 orang berjaya mendapat semua A iaitu 18 daripada (6%) Tingkatan 1 dan selebihnya (17%) daripada Tingkatan 2.
Syabas dan tahniah kepada yang berjaya.

Disamping itu diadakan juga penyampaian hadiah kepada pemenang Bola Sepak bawah 15 tahun yang menjadi Naib Juara DKBB, Bahas bahasa Cina yang mendapat tempat ke-3 DKBB serta hadiah Kebersihan kelas kepada tingkatan 2A9.

No comments:

Post a Comment