Thursday, 28 April 2011
Mesyuarat Guru Sesi Petang Bulan April
Dijalankan pada 28 April 2011 , Khamis , jam 12.00 , di Bilik Mesyuarat.
Antara kandungan mesyuarat:
1. Apa khabar- guru, bilik guru dan bilik darjah
2. Terima kasih di atas penglibatan menjayakan aktiviti-aktiviti sepanjang April (KBM, Konferensi Waris, Merentas Desa,Pelancaran Straight A's, Latihan Olahraga, Ceramah AADK, sukantara dan Kelas Mendulang Emas.
3.Tazkirah:
Tazkirah1:Hari-hari Dalam Kehidupanku
Bangun pagi
Kejut anak
Sedia sarapan
Siap pakaian sekolah anak/suami
Hantar anak ke sekolah
Pergi pasar
Mengemas rumah
Masak
Membasuh pakaian
Melipat pakaian
Seterika pakaian
Membasuh pinggan mangkuk
Tak sempat makan- jam dah 11
Hantar anak ke pengasuh
Memandu sendiri ke sekolah
Singgah bayar bil
Sampai sekolah terus
bersemangat mengajar – buku RPP siap, berlaku GMMB
6.40 balik - Suami mithali mengurus rumah dan anak-anak
Makan malam bersama
Solat dan mengaji bersama anak-anak
Melihat homework anak-anak
Bermanja dengan anak-anak – hilang penat seharian
Tazkirah2:HENDAK KE MANA ANDA? (ADAKAH PLOT HIDUP KITA BEGINI?)
Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan. Anda mungkin membersihkan diri. Mungkin anda solat subuh? Atau tidak? Anda sempat sarapan di rumah? Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja. Mungkin anda berkenderaansendiri.
Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan.
Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda. Sepanjang perjalanan.
Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka.
Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu..isteri,suami, rakan. Anda berceloteh dengan mereka? Atau anda masam mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan?
Anda mungkin menaiki kenderaan awam.. LRT, bas, komuter, monorel. Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, �stone��mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda!
Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali. Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang? Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan� Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan.
Tiba waktu pulang.. anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang. Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah.
Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli?
Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi. Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana?
Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap sumber nombor satu hiburan masakini TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat.
Demikian perjalanan hidup anda hari ini.. Esok.. anda mengulang kisah harian anda� besar kemungkinan plotnya hampir sama..
4. Data pelajar sehingga 31 Mac: 624(170L+457P) dan guru sesi petang 46(13L+33P) orang. Juga dipaparkan taburan jadual waktu.maksimum 25 waktu seminggu.
5. pemantauan Kurikulum Berkualiti
Rancangan Pelajaran Tahunan – ada dan akur
Rancangan Pelajaran Harian – ada/akur/refleksi/awas yang guna komputer
Set Induksi – simple tapi menarik/sesekali IT
Penyampaian / Perkembangan Pengajaran-semangat, pelbagai, bertahap
Teknik Penyoalan Guru – mencapah, beri masa, jelas
Penglibatan Murid – aktiviti kumpulan, soal-jawab, menyeluruh
Peneguhan Latihan dan Tugasan – pujian dan komen membina
Pemeriksaan Latihan / Tugasan Murid – pemeriksaan berterusan
Penutupan – kaitkan dengan hal semasa, sedikit motivasi,nasihat
Hasil Kerja Murid – kemas , teratur, indeks, graf HC
PengurusanKelas – kawalan kelas, kebersihan ,keceriaan, ponteng?
Perwatakan Guru – penampilan, ketepatan masa, ingat pelajar juga menilai kita
sedikit penekanan kepada:
P&P- our CORE BUSINESS
-sibuk macam mana pun mesti masuk kelas, jika berada di sekolah (sesuatu yang amat MALANG jika tidak masuk tanpa sebab)
-jika bertugas diluar pastikan kerja ditinggalkan, sepatutnya buat kelas ganti
Masih ada guru sesi petang yang buku rekod P&P tidak diserah pada PK Petang
Elakkan mendapat complain daripada waris
Guru ganti- mohon masuk dan buatlah sesuatu
-diingatkan pencerapan P&P dan buku latihan sepanjang Mei.
6. Persediaan Peperiksaan Penggal 1
Jadual sudah diedarkan
Semua subjek terlibat dengan peperiksaan
Penyedia soalan? JSU? Elakkan kesilapan- Penyemak soalan serius(ambil masa- jgn terus tt).
SU akan tentukan tarikh-tarikh penting
Kemungkinan markan Peperiksaan ini diambil kira untuk HAC 2011
Isu pelajar ambil MC- hanya wakili sekolah dibenarkan dan MC Klinik Kerajaan.
7. Kelas Mendulang Emas
Telah berjalan
Ketepatan waktu bermula
Kehadiran pelajar?
Persediaan Bahan?
Ada guru tak hadir/lambat hadir?
8. Hal-Hal Lain
-Projek PIBG – pelekat kenderaan dan Virtual Skool
-Tiang Informasi – tugasan telah diberi : PT dan GSTT
-Tazkirah Penutup
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)- gambar pembedahan jantung PKPetang, 18 tahun lalu.
-Peluang amal jariah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment