Thursday, 26 May 2011

Mesyuarat Guru Sesi Petang Bulan Mei






Mesyuarat berlangsung pada 25 Mei 2011 di Bilik Mesyuarat, Jam 12.00 hingga 1.20 tengah hari . Ini merupakan mesyuarat kelima bagi guru sesi petang, yang dibuat pada setiap hari rabu minggu keempat setiap bulan.

Dimulakan dengan tazkirah :Cerita mata kepala vs mata hati , yang menuntut kita menjaga mata hati. Antaranya dengan bersegera bertaubat:
1."Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa". (Ali-Imran :133)

2.Hadis ke 16, Riadhus Solehin. Dari Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu membentangkankan tanganNya - yakni kerahmatanNya –di waktu malam untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membentangkan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat - yakni di saat hampir tibanya hari kiamat, kerana setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubatnya seseorang." (Riwayat Muslim)

3.Hadis ke 17, Riadhus Solehin. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya orang itu." (Riwayat Muslim)

4.Hadis ke 18, Riadhus Solehin Dari Abu Abdur Rahman yaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla itu menerima taubatnya seseorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongannya - yakni ketika akan meninggal dunia."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

5.Sedutan Dr Muhaya Radio IKIM 25/5/11-jam 10.15-11 pagi:
Beza org berjaya Dunia & Akhirat- ialah apakah soalan yg dia tanya kepada diri sendiri.
Apa shj yg kita buat hanya untuk:
-mencari redha Allah
-mencari penghargaan manusia
Oleh itu perlu fokus, redha, lihat alam untuk kenal Allah

Dua persoalan penting perlu ditanya:
i.-bagaimana saya hendak memberi perkhidmatan/apa yang kita boleh beri? Fikir kerja yang efficient (kita boleh kawal). Seronok dan sibuk dengan kerja
ii- apa kita akan / boleh dapat? (ini bergantung kpd orang), contoh semasa temuduga selalu kita tanya apa kita akan dapat- ini akan menyebabkan stress

-utk berubah, how?. kita tanya lagi 2 soalan:
i.Di mana kita berada
ii. Kita nak ke mana

Kita tidak memilih untuk dilahirkan
Tetapi kita akan mati
Kita senang tak tengok orang lain senang?
Konsep membazir –tengok tujuan/bukan amaun
Manusia bermanfaat- org gembira lepas jumpa kita--Kerja sedikit mungkin- gaji mahu sebanyak mungkin?? -- tiada jalan pintas
Duit hilang? Check diri kita-sumber?? Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia.
Anak perangai tak elok- jangan salah mereka – check kita dulu
Letak diri sama level dengan orang lain – bila nak mengajak orang lain- jangan jadikan/rasakan kita lebih drp org lain
Orang agama -- ilmu wahyu --dapat jaga dunia dan akhirat

Be among the best (share) not be the best (ego)
Kejar akhirat- insyaalah dunia kejar kita
Kisah Carpet: serangga nak dpt biskut- susah dihalang bulu carpet
Dugaan yg kita dapat -- batu loncatan -- kebahagiaan

Apa orang kata tak penting – yang penting kita buat apa yang kita nak buat
Boss tanya , ada masalah?. Pekerja jawab , ada. Boss jawab , bagus… (???)
Nak buat yang susah  solat  doa (bayangkan boleh buat).. insyaAllah
Jika kita suka yang sensasi (biasanya -ve) – hidup penuh dg sensasi

Rumusan
bangun pagi – tanya soalan:
Nak reda Allah/redha manusia?
Nak Sukakan /Bencikan orang lain?
Nak bagi Manfaat /masalah kepada orang lain
Nak jadi bersyukur/ tak cukup apa yang ada?
Nak cemerlang/ala kadar dlm setiap aktiviti?
Kalau kita mati hari ini, apa kita nak bawa??
Banyak puji Allah, jangan puji manusia-- org puji kita ,balik pada Allah

6. Kita sekarang di penghujung Penggal 1, 2011– 5 bulan berlalu; tapi cuba perhatikan notis-notis di papan kenyataan, ada masih 2008..?

7. Sejauh mana kita prihatin dengan papan-papan Info/Tazkirah/Motivasi ini?
Lihat?? Baca?? Fahami?? Beramal??

8. Ucapan terima kasih - Membantu Penilaian Sekolah Kluster dan Menyiapkan bahan Tiang Informasi

9. Peperiksaan Penggal Pertama:
Mohon SUP memberi:
1.Perkembangan sepanjang minggu peperiksaan -pengawasan,soalan cukup?, kebocoran, kesilapan soalan, jenayah meniru
2. Tindakan selepas peperiksaan – key in markah, cetak slip, tt pentadbir, markah untuk HAC dan persiapan KW3

10. Mengingatkan supaya kemaskini Graf prestasi Pelajar (GPP)
Ramai yang tidak akur kepada pelaksanaan GPP ( 8 subjek utama)
Tingkatan 1 – TOV: Pep Pertghan Penggal 1
[ selepas pep pggl.1 – kemaskini OTI2 berdasarkan AR1]
Tingkatan 2- TOV: Pep. Akhir Tahun 2010
[ selepas pep pggl.1- kemaskini OT13 berdasarkan AR2]

11. Memaparkan Takwim Persekolahan Penggal Kedua Jun hingga November, supaya sedar apa yang berlaku terutama acara penting seperti HAC, Minggu peperiksaan, K.waris, Bintang Kecil.

12. Perancangan / Cadangan Aktiviti Penggal Kedua- Peningkatan Prestasi & Sahsiah
i.Program Peningkatan Prestasi- Kaunselor
(Selain Mendulang Emas dan Kemahiran Belajar)
Fokus kepada Pelajar Lemah – 0A-4A
Cadangan : Julai

ii. Program Kepimpinan Pelajar
Fokus kepada Pengawas dan KK dan PKK
Cadangan: September

iii. Program Pembinaan Sahsiah
Fokus pelajar Asrama
Kerohanian – Qiyamullail –minggu tak balik/sebulan sekali (mengimarah Surau baru)
Cadangan: Jun - Oktober

13. hal-Hal Lain
i.Peluang berinfaq/beramal jariah - Surau al-Ehsan dan Surah Yaasiiiin.
ii-Manfaat cuti-- ziarah ibu bapa
iii.Penuhi Tuntutan Kenduri Kahwin
iv.Persiapan dan kemas kini bahan P&P – biasakan dengan ICT- bina modul

14. Diakhiri dengan doa:Menunaikan Amanah,Disembuhkan Sakit demam, diberi Kebahagiaan rumah tangga ,Zuriat soleh/ah,jauhi Bala,kesatuan dan komitmen dalam kerja.

MOHON MAAF SEMUA
Selamat Bercuti
Moga Bahagaia Bersama
Keluarga Tercinta
27/5/11 – 11/6/11

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 Berjalan Lancar










Peperiksaan Penggal Pertama/Pertengahan tahun 2011 telahpun berlangsung dari (19 - 26) Mei 2011 dengan jayanya. Peperiksaan agak penting kerana markah peperiksaan ini akan diambil kira untuk Hari Anugerah Cemerlang 2011.

Minggu Peperiksaan ini dipenuhi dengan suasana pelajar mengulangkaji pelajaran pada setiap waktu senggang. Moga kejayaan cemerlang bakal diraih semua pelajar.InsyaAllah.

Pembesaran Surau Al-Ehsan SMKSB hampir Siap... Tapi Masih Perlukan Sumbangan







InsyaAllah , bermula persekolahan Penggal Kedua nanti Surau Al-Ehsan boleh digunakan sepenuhnya untuk solat berjamaah dan aktiviti yang lain kerana proses pembesaran telahpun berada pada peringkat akhir. Sehingga hari terakhir persekolahan Penggal 1, 26 Mei 2011, yang belum siap hanyalah proses pendawaian elektrik dan sedikit hiasan dalaman bahagian mihrab.Juga yang belum dipasang ialah jeriji besi pada tingkap, 'railing' langsir dan pemidang pemisah. Walau apapun semuanya ini boleh disiapkan sepanjang cuti persekolahan selama dua minggu ini.

Sehubungan dengan itu Pengerusi BKSI SMKSB, Ustaz Azhar bin Mansur, meminta semua warga staf Islam SMKSB untuk hadir pada 11 jun 2011, jam 8.30 pagi untuk bergotong royong mebersihkan surau supaya dapat digunakan pada 12 Jun 2011 iaitu hari pertama persekolahan penggal Kedua 2011.

Saturday, 14 May 2011

Lirik Lagu Tema Hari Guru 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Guru penjana transformasi pendidikan negara
bersatu kita menuju paradigma yang baharu
satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
pendidik berkualiti demi mencapai visi
dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
membimbing generasi masa depan
guru penjana transformasi pendidikan negara
menjayakan hasrat yang murni satu malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
bersedia hadapi cabaran
arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
membentuk akhlak terpuji
mengimbangkan rohani
jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
membimbing generasi masa depan
guru penjana transformasi pendidikan negara
menjayakan hasrat yang murni satu malaysia
satu malaysia… satu malaysia

Thursday, 28 April 2011

Mesyuarat Guru Sesi Petang Bulan April


Dijalankan pada 28 April 2011 , Khamis , jam 12.00 , di Bilik Mesyuarat.
Antara kandungan mesyuarat:
1. Apa khabar- guru, bilik guru dan bilik darjah
2. Terima kasih di atas penglibatan menjayakan aktiviti-aktiviti sepanjang April (KBM, Konferensi Waris, Merentas Desa,Pelancaran Straight A's, Latihan Olahraga, Ceramah AADK, sukantara dan Kelas Mendulang Emas.
3.Tazkirah:
Tazkirah1:Hari-hari Dalam Kehidupanku
Bangun pagi
Kejut anak
Sedia sarapan
Siap pakaian sekolah anak/suami
Hantar anak ke sekolah
Pergi pasar
Mengemas rumah
Masak
Membasuh pakaian
Melipat pakaian
Seterika pakaian
Membasuh pinggan mangkuk
Tak sempat makan- jam dah 11
Hantar anak ke pengasuh
Memandu sendiri ke sekolah
Singgah bayar bil
Sampai sekolah terus
bersemangat mengajar – buku RPP siap, berlaku GMMB
6.40 balik - Suami mithali mengurus rumah dan anak-anak
Makan malam bersama
Solat dan mengaji bersama anak-anak
Melihat homework anak-anak
Bermanja dengan anak-anak – hilang penat seharian

Tazkirah2:HENDAK KE MANA ANDA? (ADAKAH PLOT HIDUP KITA BEGINI?)
Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan. Anda mungkin membersihkan diri. Mungkin anda solat subuh? Atau tidak?  Anda sempat sarapan di rumah? Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja. Mungkin anda berkenderaansendiri.
Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan.
Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda. Sepanjang perjalanan. 
Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka.
Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu..isteri,suami, rakan.  Anda berceloteh dengan mereka?  Atau anda masam  mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan?
Anda mungkin menaiki kenderaan awam.. LRT, bas, komuter, monorel.  Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, �stone��mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda!
Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali.  Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang?  Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan� Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan.
Tiba waktu pulang.. anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang.  Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah.
Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli?
Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi.  Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana?
Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap  sumber nombor satu hiburan masakini  TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat. 
Demikian  perjalanan hidup anda hari ini.. Esok.. anda  mengulang kisah harian anda� besar kemungkinan plotnya hampir sama..

4. Data pelajar sehingga 31 Mac: 624(170L+457P) dan guru sesi petang 46(13L+33P) orang. Juga dipaparkan taburan jadual waktu.maksimum 25 waktu seminggu.

5. pemantauan Kurikulum Berkualiti
Rancangan Pelajaran Tahunan – ada dan akur
Rancangan Pelajaran Harian – ada/akur/refleksi/awas yang guna komputer
Set Induksi – simple tapi menarik/sesekali IT
Penyampaian / Perkembangan Pengajaran-semangat, pelbagai, bertahap
Teknik Penyoalan Guru – mencapah, beri masa, jelas
Penglibatan Murid – aktiviti kumpulan, soal-jawab, menyeluruh
Peneguhan Latihan dan Tugasan – pujian dan komen membina
Pemeriksaan Latihan / Tugasan Murid – pemeriksaan berterusan
Penutupan – kaitkan dengan hal semasa, sedikit motivasi,nasihat
Hasil Kerja Murid – kemas , teratur, indeks, graf HC
PengurusanKelas – kawalan kelas, kebersihan ,keceriaan, ponteng?
Perwatakan Guru – penampilan, ketepatan masa, ingat pelajar juga menilai kita
sedikit penekanan kepada:
P&P- our CORE BUSINESS
-sibuk macam mana pun mesti masuk kelas, jika berada di sekolah (sesuatu yang amat MALANG jika tidak masuk tanpa sebab)
-jika bertugas diluar pastikan kerja ditinggalkan, sepatutnya buat kelas ganti
Masih ada guru sesi petang yang buku rekod P&P tidak diserah pada PK Petang
Elakkan mendapat complain daripada waris
Guru ganti- mohon masuk dan buatlah sesuatu
-diingatkan pencerapan P&P dan buku latihan sepanjang Mei.

6. Persediaan Peperiksaan Penggal 1
Jadual sudah diedarkan
Semua subjek terlibat dengan peperiksaan
Penyedia soalan? JSU? Elakkan kesilapan- Penyemak soalan serius(ambil masa- jgn terus tt).
SU akan tentukan tarikh-tarikh penting
Kemungkinan markan Peperiksaan ini diambil kira untuk HAC 2011
Isu pelajar ambil MC- hanya wakili sekolah dibenarkan dan MC Klinik Kerajaan.

7. Kelas Mendulang Emas
Telah berjalan
Ketepatan waktu bermula
Kehadiran pelajar?
Persediaan Bahan?
Ada guru tak hadir/lambat hadir?

8. Hal-Hal Lain
-Projek PIBG – pelekat kenderaan dan Virtual Skool
-Tiang Informasi – tugasan telah diberi : PT dan GSTT
-Tazkirah Penutup
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)- gambar pembedahan jantung PKPetang, 18 tahun lalu.

-Peluang amal jariah

Monday, 18 April 2011

Mesyuarat Pertama AJK PIBG Sesi 2011/2012




Mesyuarat ini diadakan pada 17 April 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat, bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.10 petang dengan dipengerusikan oleh YDP PIBG yang baharu, Puan Noraida Yahya.

Antara perkara yang dibincangkan ialah usul-usul dalam Mesyuarat Agung yang lalu, Isu keselamatan (pelekat kenderaan dan lalu lintas), pembinaan Dewan Besar (JK Pembangunan),Yuran PIBG ( Ramai yang belum menjelaskannya), Pengagihan wang PIBG dalam program sekolah ( HAC, aktiviti Persatuan)dan juga Projek Virtual Skool oleh satu syarikat ( konsep seperti Skor A tetapi jauh lebih murah).

walaupun agak 'panas' tetapi berjaya menghasilkan persetujuan yang baik demi kemajuan anak-anak.

Pelancaran Straight A's Sesi Petang 2011









Majlis ini berlangsung pada 17 April 2011 semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan di Dewan Samsuddin. Sebelum itu diadakan persembahan oleh pelajar sesi pagi tentang Isu Kebersihan.

Majlis ini dimulakan dengan penyampaian sijil kepada pelajar Ting 1 dan 2 yang mendapat semua A dalam Peperiksaan Pertengahan Penggal Pertama yang lalu. Seramai 57 orang berjaya mendapat semua A iaitu 18 daripada (6%) Tingkatan 1 dan selebihnya (17%) daripada Tingkatan 2.
Syabas dan tahniah kepada yang berjaya.

Disamping itu diadakan juga penyampaian hadiah kepada pemenang Bola Sepak bawah 15 tahun yang menjadi Naib Juara DKBB, Bahas bahasa Cina yang mendapat tempat ke-3 DKBB serta hadiah Kebersihan kelas kepada tingkatan 2A9.

Latihan Olahraga SMKSB 2011 Bermula






Latihan olahraga telah bermula pada hari Ahad 17 April yang lepas dengan dimulai oleh Rumah Syed Omar dan Sultanah.Ini diikuti pula oleh rumah Sultan dan Samsudin pada hari Isnin. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar semua pelajar dapat menghadiri latihan olahraga ini dengan penuh semangat bagi menjayakan Kejohanan Olahraga Sekolah pada Jun nanti.

Tuesday, 5 April 2011

Latihan Merentas Desa 2011








Aktiviti ini berlangsung pada 5 April 2011, bermula jam 8.00 pagi yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 dan 2. Kehadiran pelajar dan guru amat baik dan program berjalan lancar tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Maga program sebenar pada 9 April nanti berjalan sempurna . InsyaAllah

PPD Kulim Bandar Baharu Yang Baharu Telah Beroperasi






Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) Kulim /Bandar Baharu yang telah siap dibina telah memulakan operasinya pada 2 April 2011 yang lalu. Pejabat yang terletak bersebelahan SMK Kulim itu amat cantik dipandang dari luar. Moga ianya akan memberi semangat kepada warga pendidik KBB untuk menabur bakti kepada anak didik.

Konferensi waris ke-2 , 2011

















Majlis berlangsung pada 3 April di Dewan Terbuka Bangunan Pentadbiran. Majlis yang bermula jam 11.30 pagi hingg 1.30 tengah hari adalah untuk pelajar Ting 1 dan 2 yang telah menduduki Peperiksaan pertengahan penggal 1 yang lalu.
Kehadiran para waris amat menggalakkan dan jiga memberi komen yang membina.